Sabtu, 2 April 2011

KOPI JINTAN


Kopi Jintan Tok Guru Pondok
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As-Sam (maut).” (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Kopi Jintan Hitam Tok Guru Pondok dibuat berasaskan habbatus sauda’ tanpa krimer. Umum sedia maklum bahawa Habbatus Sauda’ (Nigella Sativa) atau Jintan Hitam mempunyai khasiat yang hebat. Ianya digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah menyebutkan bahawa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa kesan sampingan. Habbatus Sauda’ juga berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. Terdapat juga kajian yang mendapati Habbatus Sauda’ mempertingkatkan system imunisasi badan terhadap penyakit serta berupaya menghalang pembentukan sel-sel kanser.
 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan